![]() |
(Link at below) |
Happy February! Rasanya semua tahu yang 2020 tinggal lagi 11 bulan sahaja lagi. Dan aku pula baru siap design calender. Train lambat sampai. Agak sedih sebab tak sempat nak guna bulan January punya (uhuk). Tapi, tak apa terlambat, akhirnya calender 2020 siap juga!
Kalau korang nak tahu, sebenarnya aku dah mula buat calender 2020 ni, waktu akhir november 2019. Time tu, aku dah berjaya dah pun siapkan sampai bulan februari (sikit baru). Lepas tu, aku stop. Sebab aku rasa tak confident. Aku rasa yang orang takkan suka dengan design aku buat. Aku jadi takut dengan penerimaan orang lain. Jadi fed up dengan andaian sendiri. Tambah pula time tu tengah buzy dengan assignment dan final exam. So, aku berhenti lah (haha).
Waktu cuti sem, banyak benda aku fikir. Muhasabah diri sendiri balik. Cuba rangka balik apa yang aku nak dan tengok balik apa yang buatkan diri sendiri happy. Bak kata Marie Kondo, 'does it spark joy?'. Same goes to our life. Apa yang kita tengah buat sekarang, spark joy ke? Jadi aku pun ada semangat nak mula buat balik, tapi dengan idea lain, yang aku sendiri lebih selesa. Aku dah tak fikir pasal orang lain. Buat je ikut kehendak hati, nanti jadilah. Janji aku seronok!
Available in A4 dan A5 (kalau korang print guna kertas A4) size. So, kalau korang berminat dengan calender ni, boleh download kat sini dan print sendiri (hehe):
Macam mana nak guna calender ni, it's up to you. Ada orang gantung, ada yang guna file. Boleh search kat pinterest for more inspiration. Atau youtube! Kalau aku, dulu aku pakai board pengepit (tak tahu nama dia apa) and then gantung dekat dinding. Sekarang, aku pakai paper clip dan gantung atas soft board. Kalau dekat rumah, aku framekan. Pun nampak nice. Ikut creativity sendiri! Tak ada salah, tak ada yang betul. Yang penting diri sendiri rasa seronok tengok.
![]() |
Ni laa board pengepit tu (haha). Time ni beli dekat MR. DIY |
![]() |
This is currently how i use my 2020 calendar |
Okey, i think that's it. Aku pun tak tahu ada yang baca ke tak (haha). Tapi kalau ada, thank you sebab sudi meluangkan masa. If you like the printable 2020 calender, do comment down below. And, kalau korang ada idea lain yang menarik, do email me: nurulimansofi@gmail.com or comment in this post. Thank you so much for your support! SYS! -𝔁𝓸𝔁𝓸, 𝓝𝓘𝓢
Thankyou Iman!! Kite download!!!
ReplyDeleteYour welcome :D
Deletedone download hehehe thank youuuu!!
ReplyDeleteYour welcome! Thank for the support :D
ReplyDelete